PENGENALAN DIRI
Assalamualaikum… Nama saya Nurul Farhida Binti Othman merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik. Saya mempunyai seorang ibu tunggal, 3 orang abang, 2 orang kakak dan seorang adik lelaki. Kakak sulung dan abang kedua saya telah mendirikan rumahtangga dan kakak saya telah dikurniakan seorang puteri sulung. Saya dilahirkan pada 2 Disember 1998 di Hospital Kota Bharu Kelantan.
Blog saya dikenali sebagai “gadis choki-choki” kerana saya seorang penggemar coklat choki-choki. Ke mana sahaja pergi, choki-choki selalu dibekalkan dalam beg saya. Saya merupakan seorang mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, belajar dalam jurusan Diploma Teknologi Makmal.
Siapa saya dalam kalangan kawan-kawan saya? Saya seorang yang agak pendiam tapi paling bising jika saya berada dalam kalangan orang-orang yang serasi dengan saya. Untuk perkenalan diri ni, bolehlah saya cerita apa yang saya suka, apa yang saya impikan. Impian utama saya adalah nak bahagiakan keluarga saya. Cita-cita saya banyak, antaranya nak jadi kaunselor, saintis, dan paling saya nak jadi adalah jurulatih taekwondo. Saya belajar taekwondo sejak umur 16 tahun dan sekarang baru di peringkat tali pinggang merah dalam Global Taekwondo Federation. Insya Allah habis diploma ni, nak capai tali pinggang hitam.

Comments
Post a Comment